KENAPA AKU MULA BLOGGING
Assalamualaikum semua... korang apa khabar? Harap-harap semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Sekarang ni kes covid-19 yang melanda negara kita dah semakin meningkat semula, jadi korang semua pastikan sentiasa jaga kebersihan diri dan kurangkan keluar rumah ye in case kalau ada apa-apa kerja yang penting sahaja.
So, memandangkan ini adalah first posting aku jadi aku nak share sikit dengan korang semua macam mana aku boleh terfikir untuk start blogging ni. Sebenarnya, aku tak pernah terfikir pun selama ni untuk jadi seorang blogger. Kalau korang semua nak tahu minat aku terhadap bidang penulisan blog bermula sejak musim pkp ni. Alkisahnya bermula sejak aku tengok ramai gila orang yang mula cari duit sendiri terutama dengan cara berniaga. Mostly sekarang aku tengok orang start berniaga tudung, chocojar, perfume, skincare dan macam-macam lagi la... Yela, sejak daripada pkp tu kan ramai yang hilang punca pendapatan dan kita semua memang terkesan.. tapi, apa-apa pun kita percaya je dengan hikmah yang Allah nak bagi..
Sekarang ni aku sebenarnya tengah cuti semester, jadi memang bosan gila la duk rumah takde buat apa-apa. Lepastu tambah pula aku tengok kawan-kawan aku sendiri ramai yang turut sama terjun ke bidang perniagaan ni dan aku memang bangga gila la tengok kawan-kawan aku ni dah pandai cari duit sendiri walaupun still belajar lagi.
Sebenarnya, ramai je yang macam duk ajak untuk join sekali buat duit dengan cara ni tapi aku memang tak join la sebab aku mana reti nak berniaga ni.. ye betullllll memang kalau tak reti tu boleh belajar sebab orang lain pun bermula dengan tak reti juga.. lepastu usaha la sungguh-sungguh sampai berjaya. Tapi, aku ni memang tak berminat dan takde jiwa berniaga ni.. so, sebab tu la aku taknak join..
So, nak dijadikan cerita bila dah lama sangat cuti dan duk terperuk je dalam rumah, kerja pun makan tido je(well... korang pon mesti mcm aku jgak kan...?? hahhaha) So,aku pun ambik keputusan untuk buat something yang benefit la skt daripada duk buang masa macam tu je dan caranya adalah dengan tulis blog sebab aku rasa dengan tulis blog inshaAllah aku takde la duduk buang masa je dan at least aku dapat la jgak nak berkongsi apa-apa cerita atau ilmu yang bermanafaat dengan korang semua..so, sebab tu la aku start blogging..
So guys thanks sangat sebab korang sudi baca coretan pertama aku ni. Aku harap korang semua dapat bantu aku untuk terus perbaiki dan majukan diri dalam bidang ni. Kalau korang ada pandangan dan nasihat untuk aku, silakan komen.. inshaAllah aku terima je. Akhir kata, aku mintak maaf sangat atas segala kekurangan diri aku..bye2
Comments
Post a Comment