DIET EKSTRIM SAMPAI BINGE EATING DISORDER

Hye and assalamualaikum semua. Harini aku nak cerita tentang pengalaman aku berdiet dan kesan daripada diet tersebut.. 

Actually aku start diet dari tahun lepas lagi di mana pada waktu itu aku baru habis belajar kat matrik.. so, sementara nak tunggu keputusan upu keluar, aku memang duduk kat rumah  dan makan tido je sampai akhirnya berat badan aku pun naik.. suatu hari aku ditegur tentang berat badan aku dan ini membuatkan aku terfikir yang aku dah nampak gemuk ke sekarang ni padahal selama ni tak pernah orang cakap aku gemuk...

Tanpa berfikir panjang, aku terus melakukan diet tanpa mempelajari ilmu diet dan terus berdiet dengan cara yang salah.. Pada mulanya aku start diet dengan cara aku sendiri and yes memang tak dinafikan berat aku memang turun tapi tak bertahan.. lepas tu dah naik balik ..so, aku nekad untuk sambung diet balik dengan diet atkins.. aku cuma buat diet atkins ni untuk masa seminggu je sebab langsung tak turun berat badan.. aku ada jugak cuba dengan cara berpuasa tapi turun kejap je sebab bila bukak puasa naik balik.. aku ada jugak try dengan cara minum air lemon, air teh hijau, air jus nenas dan macam-macam lagi la.. aku tak nafikan yang memang berat aku berjaya turun tapi tak banyak la..time tu dah rasa nak give up dah sebab berat badan yang turun tu dah naik semula.. so, aku nekad untuk cuba cara lain pulak which is diet dengan cara minum air putih.. yeee minum air putih sahaja tanpa makan dan minum sebab time tu aku memang bertekad untuk turunkan berat badan dengan cepat.. bukan apa aku punya aim adalah aku nak kurus sebelum raya haji dan pakai balik baju raya puasa haritu.. akhirnya aku berjaya turunkan berat daripada 64kg kepada 51kg...

Cara yang aku buat ni memang ekstrim gila sebab aku cuma bertahan hidup dengan minum air putih sahaja tapi masa aku jumpa pasal diet ni aku memang tak fikir langsung pasal kesan dia.. yang aku fikir cuma nak kurus dengan cepat sahaja.. 

Lepas beberapa minggu, aku dapat sambung belajar di universiti dan aku sambung semula diet aku setelah masuk kolej.. di universiti pon aku buat diet yang ekstrim sebab aku makan beberapa kali sahaja seminggu dan masa tu aku dapat rasakan yang berat badan aku memang turun mendadak..Masa di universiti aku tak pernah timbang berat sampai cuti pertengahan semester baru aku dapat timbang berat setelah balik ke rumah dan berat badan aku pada waktu tu dah mencapai 40++kg.. Masa aku balik memang ramai yang tegur sebab nampak aku kurus sangat (siap kena marah lagi dengan mak aku sebab terlebih kurus.. hahaha) 

Suatu hari aku perasan yang aku dah start makan banyak balik dan tak dapat nak kawal pemakanan seperti waktu mula-mula aku diet dulu malah aku makan lebih banyak daripada sebelum aku diet dulu.. Lama-kelamaan barulah aku tahu yang aku terkena penyakit binge eating disorder dan penyakit ini adalah kesan daripada diet ekstrim yang aku pernah buat dulu.. Berat aku pon dah naik balik daripada 40++kg kepada 50++kg...Mujurlah aku sedar lebih awal dan sempat kawal sebelum berat aku semakin naik lagi..

Apapun, aku tetap bersyukur walaupun aku pernah buat diet yang salah tapi disebabkan diet ini jugalah aku belajar banyak ilmu diet yang betul dan lebih menjaga pemakanan.. Sekarang ni pun aku kerap buat senaman padahal dulu aku nak berjoging sebulan sekali pun belum tentu..

Kesimpulannya, aku nak bagitahu dekat korang semua kalau nak turunkan berat badan tu boleh tapi buatlah dengan cara yang betul dengan jaga pemakanan dan sentiasa bersenam.. Jangan sekali-kali lakukan diet yang ekstrim sebab korang takkan tahu apa kesannya sehingga korang rasakan sendiri.. Sebenarnya banyak lagi kesan yang kita akan dapat kalau buat diet dengan cara yang salah ni..


Comments

Popular posts from this blog

KENAPA AKU MULA BLOGGING